“Menghasilkan Pelan Halatuju Strategik Desa Negeri Johor yang Komprehensif ke arah Mewujudkan Pembangunan Desa yang Berkualiti, Sejahtera dan Mampan menjelang tahun 2030 di samping Membangunkan Data Geospatial bagi Persempadanan Kampung yang Jelas bagi Negeri Johor”
×
DESA WAWASAN
Desa Wawasan menekankan aspek pembangunan ekonomi desa yang berdaya saing dan mampan.
Fokus utama kepada aspek peningkatan nilai tambah sumber tempatan bagi menjana kekayaan, keusahawanan dan peluang pekerjaan, kepelbagaian ekonomi, keunikan produk setempat dan pelaburan swasta. Pencapaian Desa Wawasan ini perlu disokong dengan jaringan perhubungan yang terbaik, kemudahan dan perkhidmatan sosial yang setaraf dengan kawasan bandar.
Langkah-Langkah strategik dan inisiatif yang dicadangkan melalui pendekatan Desa Wawasan adalah bertujuan bagi mencapai Hala tuju Strategik Desa Negeri Johor sebagaimana objektif berikut :
Memakmurkan dan meningkatkan produktiviti ekonomi desa yang lebih berdaya saing dan mampan.
Memajukan Kluster ekonomi desa dan memantapkan keupayaan usahawan desa.
Penghasilan sumberjaya dan produk tempatan yang berkualiti dan berskala ekonomi serta keupayaan penggunaan teknologi baharu.
Memastikan kebajikan, peluang pekerjaan, kualiti perkhidmatan sosial dan meningkatkan pendapatan dan pendidikan bagi semua golongan masyarakat desa.
×
DESA SEJAHTERA
Desa Sejahtera menekankan aspek kemakmuran desa melalui penyediaan kemudahan awam dan prasarana yang efektif, penganjuran aktiviti dan program yang berkesan, serta produktiviti ekonomi dan penglibatan penduduk yang tinggi. Dengan memfokuskan aspek kemudahan dan infrastruktur kawasan desa, kualiti hidup komuniti desa dapat dipertingkatkan.
Langkah-Langkah strategik dan inisiatif yang dicadangkan melalui pendekatan Desa Sejahtera adalah bertujuan bagi mencapai Hala tuju Strategik Desa Negeri Johor sebagaimana objektif berikut :
Memakmurkan kemudahan awam dan prasarana yang lengkap dan efektif bagi keselesaan dan kesenangan komuniti desa.
Memperkasakan penyediaan infrastruktur dan utiliti yang berkesan bagi meningkatkan kualiti hidup dan produktiviti ekonomi
Memakmurkan perancangan dan pembangunan desa bagi mewujudkan persekitaran komuniti yang sejahtera dan aman.
Meningkatkan tahap penglibatan komuniti desa di dalam setiap penganjuran aktiviti dan program yang dianjurkan.
Menaik taraf tahap kemudahsampaian pengguna jalan raya di kawasan desa.
×
DESA PRIHATIN
Desa Prihatin memberi fokus terhadap usaha bagi memupuk perpaduan antara masyarakat supaya tidak wujudnya golongan yang terpinggir di dalam kawasan Desa Johor. Desa prihatin juga menekankan pemeliharaan dan pemuliharaan warisan desa. Elemen dan warisan di desa perlulah dipelihara bagi mengukuhkan jati diri rakyat serta memberi sumbangan kepada ekonomi negara. Penekanan yang perlu diberikan dalam aspek ini adalah pembangunan budaya, seni dan warisan negeri Johor di kalangan generasi kini dan akan datang khususnya.
Langkah-Langkah strategik dan inisiatif yang dicadangkan melalui pendekatan Desa Prihatin adalah bertujuan bagi mencapai Hala tuju Strategik Desa Negeri Johor sebagaimana objektif berikut :
Membangunkan modal insan yang bukan sahaja berpengetahuan dan berdaya saing dari segi ekonomi, tetapi juga berketerampilan, progresif dan bernilai murni termasuk nilai budaya yang positif.
Memartabatkan budaya, kesenian dan warisan yang ada di desa.
Memperkukuh aktiviti kebudayaan dan warisan desa serta sokongan terhadap ekonomi desa dengan memperluaskan kemahiran dan mewujudkan peluang pekerjaan.
×
DESA MAMPAN
Perancangan strategik Desa Mampan merupakan antara usaha bagi mewujudkan pembangunan di penempatan desa yang berkualiti, sejahtera dan lestari. Setiap cadangan inisiatif dan tindakan yang dibentuk melalui sektor ini menekankan aspek pengurusan sumberjaya, biodiversiti, pengurusan konflik manusia hidupan liar, pengurusan kualiti alam sekitar dan penerapan amalan hijau di kawasan desa.
Langkah-Langkah strategik dan inisiatif yang dicadangkan melalui pendekatan Desa Mampan adalah bertujuan bagi mencapai Hala tuju Strategik Desa Negeri Johor sebagaimana objektif berikut :
Mengenal pasti taburan signifikan kawasan desa yang mempunyai nilai biodiversiti yang tinggi dan kawasan penting untuk sokongan hidup.
Mengenal pasti kawasan desa yang berpotensi sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS). Segala usaha perancangan, pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan ini adalah penting untuk menjamin kelestarian sumberjaya di sesuatu daerah khususnya bagi penempatan desa.
Mengenalpasti punca-punca poyensi mencemar serta menilai kesan pencemaran terhadap kawasan sekitar.
Menyelesaikan isu konflik manusia – hidupan liar yang menjadi kacau ganggu kepada penduduk penempatan desa terutamanya dari aspek keselamatan, kerosakan harta benda dan kelangsungan aktiviti ekonomi.
Menerapkan amalan hijau untuk dipraktiskan di kawasan desa.
×
DESA PINTAR
Desa Pintar menekankan aspek kemakmuran desa melalui penerapan dan penggunaan teknologi yang moden dan pintar seiring dengan kemajuan teknologi semasa di dalam kehidupan harian komuniti desa. Fokus utama pembangunan Sistem Makmur Desa memfokuskan kepada aspek sistem profil kampung dan penyediaan kemudahan masyarakat, infrastruktur serta utiliti yang berkesan bagi membantu meningkatkan kemajuan desa.
Desa Pintar ini juga mengintegrasikan komponen-komponen Bandar Pintar di kawasan desa dengan menggunapakai elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) serta kemajuan teknologi untuk menangani isu-isu desa bagi meningkatkan tahap kehidupan, pertumbuhan ekonomi, kemampanan alam sekitar dan pengurusan desa yang lebih efisien.
Langkah-langkah strategik dan inisiatif yang dicadangkan melalui pendekatan Desa Pintar adalah bertujuan bagi mencapai Halatuju Strategik Desa Negeri Johor sebagaimana objektif berikut :
Memakmurkan teknologi informasi dan komunikasi desa yang lebih moden dan pintar ke arah gaya hidup desa yang makmur.
Memperkasakan penggunaan teknologi pintar dalam sektor yang menjana ekonomi dan sumber pendapatan kepada komuniti.
Meningkatkan pendedahan dan penglibatan komuniti menerusi kolaborasi dan perkongsian pintar bagi mewujudkan komuniti prihatin dan cakna.
Info Sistem
MakmurDESA mengandungi
Pangkalan Data Berpusat
Maklumat yang di simpan di satu pangkalan data berpusat dan diuruskan secara berpusat untuk memudahkan capaian data dan digunakan bagi tujuan perkongsian data.
Pautan Peta
Pautan peta atau pelan berdasarkan kepada peta atau pelan sempadan kampung dan info kampung melalui carian yang ditunjukkan dalam bentuk WebGIS (Desa Kita).
Capaian Maklumat Kampung
Profil Kampung boleh dicapai melalui carian yang disediakan mengikut nama kampung yang dipilih
Pelaporan/Analisis
Ringkasan maklumat disediakan dalam bentuk persembahan infografik dengan menggunakan carta analisis
Kawasan Kampung
0Daerah
0Mukim
0Bilangan kampung
0JPKK
Hubungi Kami
Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor
(BPEN Johor )
Aras 1 & 2, Blok B,
Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad,
Kota Iskandar,
79503 Iskandar Puteri, Johor.